Monday, October 6, 2008

AKU YANG MENCINTAIMU

AKU YANG MENCINTAIMU

“Alamak ini yang aku malas sangat ni…. Asal la aku kena wat kerja dengan si Hanzalah tu?!” rungut Irma pada kawan-kawannya yang lain.

“Nape?” balas Diana.

“Dia tu dah r selalu jadi musuh gelap aku… orang lain ada kekasih gelap… aku ada musuh gelap…benci!!!” Bentak Irma. Diana masak benar dengan perangai Irma yang sangat anti pada Hanzalah, bukan apa kerana Hanzalah dan Irma selalu bersaing dalam pelajaran. Irma seorang pelajar jurusan perubatan, kini di tahun akhir dan bakal menamatkan pelajarannya hujung tahun ini.

“Apa salahnya Irma, ko jangan benci sangat dengan si Hanzalah tu… karang dia jadi laki ko kang…”

“Hiii… ko ni Diana… dah r aku tengah serabut! Ko tambahkan serabut aku… Diana aku tak nak masuk Hospital sekali dengan dia…. Aku tak mo!”

“Irma… thinks positive k…”

“I know… but I hate him… he always makes me in pressure…. Diana aku nak tukar Hospital lah!” bentak Irma lagi.

“Irma… kalau ko tukar hospital habis aku?! Wei kan kite di tempatkan kat hospital yang sama… janganlah!”

“Diana………..”

Hari pertama Irma di Hospital Putrajaya, membuatkan dia seram sejuk. Bukan dia tak pernah masuk hospital untuk praktikal, tapi kali ini situasinya sangat berbeza, dia sudah pun sah menjadi pengamal perubatan yang bertauliah. Irma ditempatkan di wad Pediatric dan Diana di wad kecemasan. Kebetulan Hanzalah pun ditempatkan di wad yang sama dengan Irma, lagilah Irma meradang.

“Hi we meet again…” sapa Hanzalah.

“Ya… it really weird and I feel like …(sambil menunjukan gaya hendak muntah)” Irma meninggalkan Hanzalah dengan senyuman sinis.

“Irma…” Hanzalah memanggil Irma.

“I’m not so weird; I hope we can be good partner…” Hanzalah berlalu meninggalkan Irma, Irma terkesima, tak sangka Hanzalah bergitu positive untuk ber’partner’kan dia.

24th January 2008

Hari ini hari pertama aku kerja dan bergelar DOKTOR! But it’s not so happy like what I hope. My partner is someone that I hate and kl blh x mo jumpa langsung! Tapi Hanzalah tu positive betul la… tadi dia pandang aku… tajam plak, aku tak tau lah………

“Hai Irma… rindu lah dengan ko… sejak-sejak kita dah kena masuk hospital ni baru hari ini jumpakan?!” sergah Diana yang membuatkan Irma hampir-hampir tersedak.

“Diana ko sengal la…. Benci aku!” Irma mengesat air tertumpah pada mulutnya.

“He he…janganlah marah beb, aku nak surprisekan ko…. Macam sedap jerk ko nyer Mee rebus” lantas mee rebus bertukar tangan.

“Amboi-amboi sedap nyer dkau ek… dku beli dkau tibai…” Tempelak Irma

“Alah ko macam la tak pernah…. Dulu aku beli kau makan… aku makan kau tengok… haha” Balas Diana.

“Ceh… ko ni tak kerja ke?!” Malas hendak melayan Diana.

“Aku dah seminggu on call, hari ini aku off... dua hari!”

“Best giler sei… aku sejak masuk cni tak cuti agi pun…”

“Weh… ko ngan si Hanz tu pe khabar?!”

“Ah… ko tau tak… dah sebulan kita kat cni, sebulan aku tak cuti… sebulan jugak r aku kena menghadap muka si Hanzalah tu… lagi terharu, hari-hari dia beli lunch tok aku…”

“Wei tak baik la ko… dia punyalah cuba nak buat baik…. Tapi ko?!”

“Pasal dia r aku tak dapat Anugerah Tunku Canselor tau!!! Sedangkan pointer aku and dia sama….”

“Tak kan lah pasal tu pun ko marah?! Tapi ko dapat Perak kan?!”

“Aku nak Emas!!!” Begitulah Irma, dia kan berusaha untuk mendapatkan apa sahaja yang di impikan.

Suasana persekitaran di dalam wad Pediatric banyak mengubah Irma yang selama ini dingin dengan Hanzalah, kini sudah dekat dengan Hanzalah dan pada masa yang sama dia sudah jatuh hati dengan Hanzalah.

Hanzalah seorang yang agak pendiam tetapi berisi. Walaupun dia seorang yang agak pendiam tetapi dia tidak pernah sombong untuk berkongsi ilmu dengan kawan-kawannya yang lain. Perwatakan Hanzalah yang agak ‘patung’ itu mempengaruhi jumlah kawan-kawannya, dan dia sendiri pernah terjerat dengan penipuan antara cinta yang tak pernah ada untuk dirinya, cinta hanya pada kecerdikan.

“Wei Hanzalah, esok aku cuti… ko?!” soal Irma sewaktu mereka sedang merawat salah seorang persakit.

“Saya cuti minggu depan, awak tak keluar dengan pak we?!” Irma tersenyum sendiri dengan bahasa diri yang digunakan oleh Hanzalah.

“Alahai Hanzalah… mane sempat aku nak cari pakwe kalau aku dah 24 jam menghadap buku and dok teringat dekat ko!” Muka Hanzalah berubah mendengar kata-kata Irma.

“Hehe… maksud aku, dulukan aku anti dengan ko….” Irma membetulkan kenyataaannya tadi.

“Tak pe… kalau betul apa salahnya…” tangan Irma tercucuk jarum suntikan selepas mendengar kata-kata Hanzalah.

“Ouch… hmm, adik sorry akak tak sengaja…”

“Irma, sorry….” Irma gugup dengan sentuhan Hanzalah, pantas tangan Irma diletakkan iodine dan diplasterkan.

“Hmm Hanzalah, Irma nak g tandas jap.”

18th April 2008

Hai… aku gugup tak tentu pasal hari ini… aku macam dah suka kt Hanzalah, dia macam bagi aku ‘black magic’. I like him… but y? bukan dulu aku benci dia ker?! Hai… I’m in confused… aku rasa macam lain sangat kalau dia ada dengan aku. Ntah susah sangat aku nak terangkan.

“Makan?!” ajak Hanzalah, Irma yang sedang kusyuk memeriksa rekod-rekod pesakit agak terkejut dengan teguran Hanzalah itu.

“Pukul berapa sekarang?!”

“Dah pukul 4… tadi saya tengok awak tak turun makan, ingat nak belikan sekali tapi tak cukup duit plak… jom saya belanja awak makan…”

“Nape?”

“Nape nape?! Dah ade janji ke?!”

“Tak… maksud Irma tadi kenapa nak belanja Irma?!”

“Tak boleh?”

“Hmm, actually hari ini Irma puasa… ganti. If you don’t mind kita keluar kul 6.30 boleh?!”

“Ok… ingat apa tadi… Irma?! ‘AKU’?!” muka Irma berubah merah.

“Kenapa? Salah?!”

“Hmm… tak, tapi lebih manis, semanis tuan badan….” Hanzalah berlalu, Irma terpaku terkejut.

Petang itu Hanzalah menemani Irma berbuka puasa, Irma lebih senang membeli juadah buka puasanya di pasar malam berdekatan dengan rumah sewanya di Ampang. Sedang mereka berjalan-jalan, Hanzalah mengenggam tangan Irma.

“Be my love?!” Irma diam

“Irma dah ada pakwe?!” sambung Hanzalah.

“Tak… Cuma tangan Hanzalah pegang kuat sangat tangan Irma.” Hanzalah tergelak dengan gelagat Irma, dia senang dengan respond Irma.

“Hmm, tapi kenapa Irma?!”

“Ntah… sebenarnya dah lama Hanz simpan hati kat Irma… sejak kita kat U lagi, tapi masa tu Hanz ada makwe… Julia o Joyah…. Kenapa ek”

“Kenapa apa?!”

“Y Joyah?!”

“Oho… ntah, Irma pun tak tau… may be coz kalau something yang dia tahu cepat tersebar satu U.”

“Haha… kelakarlah, and why you ask me ‘that question’?!”

“Ha?!”

“Nothing…”

Mereka berlalu daripada pasar malam dan terus menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat maghrib dan berbuka puasa.

“Semalam aku ternampak ko dengan Hanzalah dekat pasar malam Kampung Melayu Ampang!” sergah Diana sebaik saja Irma mengangkat telefon.

“Assalamualaikum…”

“Hehe… Waalaikumsalam, silap… so?!”

“Ya, aku mengaku semalam aku keluar dengan dia… and dia teman aku buka puasa lar sayang….”

“Buka puasa… buka hati?!”

“Ape yang dkau mengarut ni… ape yang buka hati ni?!”

“Alah dkau ni sahaja tidak mahu mengaku… dku Nampak yang Hanzalah memegang tangan dkau… kejap dan kemas.”

“Susah lar kalau bercakap dengan juara wartawan muda ni… kenapa ko jadi doctor?!”

“Aip… jangan nak tukar cerita…”

“Aku dah couple dengan dia…” Diana terus menjerit mendengar pengakuan Irma.

“Sakit lah sengal…. Weh ko kat ne ni?!”

“Aku jerit kegembiraan sengal…. Aku kat wad lar, tak de patience…. Weh sat agi kita lunch sama k…. ooo dkau ade janji dengan abe Hanz?!”

“Nop… he off today… sure can, café?!”

“Ye la chek oi, tak akan lah kita nak kuar… k beb c u…. love u….” panggilan tamat.

27th May 2008

Aku suka sangat apa yang aku ada sekarang, Hanzalah baik sangat. Caring, loving, romance dan semua yang aku cari ada pada Hanzalah… oh god, I love him… Irma Azreen you are perfect know… you have your own Car, carrier, bf who love u so much and you have loving family…. But you don’t have husband….. hanz cepat lar ambik Ir jadi bini dah gatal dah ni rasa nya….. Hanzallah, Irma nak kahwin dengan Hanzalah!!!

“Hello assalamualaikum… Ir apa khabar nak?!”

“Mama… I miss you so much! Ir baik sangat, just I’m sorry coz dah lama sangat Ir tak call Mama and papa.”

“Its ok baby… mama faham, cuma papa tu tanya bila Ir nak kerja denga dia plak?!”

“Ma… papa macam tak tau jer Ir ada contract dengan kerajaan dua tahun… dah tinggal setahun lebih jer, so papa sabarlah….”

“Papa dah sabar la ni sayang” Tiba-tiba suara Dato’ Salleh kedengaran

“Pa… “ dan seterusnya.

Irma Azreen bt Dato Salleh, seorang sangat merendah diri sehingga kesemua kawan-kawan di University Malaya dalam jurusan perubatan tidak tahu akan status Irma yang sebenarnya termasuklah Hanzalah. Walaupun dia seorang anak orang ternama, Irma tetap dengan peragainya yang bersahaja dan sangat merendah diri.

“Irma, nanti kita pi jalan kat pasar malam jalan Tunku Abdul Rahman” ajak Diana.

“Hmm… boleh tapi kita p dengan Hanzalah ek?!” Pinta Irma

“Ok set, aku p dengan Shahrul… nanti tak r aku macam tunggul kayu dengan ko and Hanzalah.”

“Ko ni tak de keje ke?! Tak busy?!”

“Aku malam nanti ada operation… pemindahan buah pinggang. So pagi ni aku relax ckit… nape?!”

“Bagus… aku nak ko teman aku gi makan jap… aku lapar sangat ni, aku ‘CUTI’ r”

“Aku tau… tidak tak r ko ajak aku makan pepagi buta ni… selalu ko makan roti jer… jom” mereka bergerak ke café.

1st Sepetember 2008

Hari ni aku gaduh dengan Hanzalah, bukan apa ttb jer dia cemburu dengan aku… aku just bercakap jer dengan Dr Ikbal, bukan lebih pun… we just talk and talk about kerja… tak suka lah!

Hanz… Irma sayang sangat kat Hanz… sayang sangat tak terucap dengan kata-kata…. Don’t do this to me… cepat lah Pinang Irma….

Ku sangkakan Panas sehingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari, entah macam mana suatu hari papa Irma datang ke Hospital Putrajaya dan kebetulan terserempak dengan Hanzalah yang kebetulan berada di kaunter. Dr Salleh sememangnya terkenal di Hospital Putrajaya kerana beliau sering berkerjasama dengan tenaga pengajar disana untuk mengajar para pelatih baru.

Hanzalah sememangnya sudah lama mengagumi Dr Salleh kerana beliau mampu menjadi semua, ahli politik yang di segani, pengasas Hospital Sri Wanie dan juga tenaga pengajar bagi pelajar perubatan di University Malaya.

Sebenarnya Hanzalah terasa ditipu oleh Irma kerana selama ini Hanzalah sangka yang Irma juga seperti dia yang berasal daripada keluarga biasa dan juga sederhana. Dan dia betul-betul tak sangka yang Irma adalah anak kepada Idolanya.

“Hanzalah dengar dulu please…” Pinta Irma sewaktu mereka berjumpa di Taman Tasik Permaisuri.

“Nak dengar apa lagi?! Irma… Hanz betul-betul worse sangat… Ntah Hanz tak pasti kenapa…”

“Sebab papa Irma ‘Someone’?!” Irma memandang tepat pada anak mata Hanzalah.

“He someone yang sangat Hanz kagumi… now his daughter are my girlfriends…. For what? Untuk memalukan Hanz?!”

“Hanz, think positive way ok… Irma tak pernah rasa yang Hanz ni worse, but Irma sangat kagumi Hanz… kenapa cause my father is someone Hanz rasa worse?!”

“Sebab my family only village worker and Hanz rasa sangat kerdil kalau keluarga Hanz disatukan dengan keluarga Irma… we better stop here, before my heart will be hurt..” Hanzalah terus memecut lagu kereta Mitshubisi Lansernya. Irma hanya terpaku dia hanya mampu mengejar Hanzalah dengan pandanganya yang sudah pun berkaca, Hanzalah memandu memecut laju keretanya.

Tetapi malang tidak berbau, kereta yang dipandu oleh Hanzalah terlibat didalam satu kemalangan sewaktu dia dalam perjalanan ke Kuala Pilah kampung halamanya. Hanzalah dimasukkan ke wad kecemasan dan dia terpaksa menerima bantuan oksigen kerana kegagalan peparu untuk berfungsi, dia juga kehilangan banyak darah.

Irma dimaklumkan oleh salah seorang kawannya yang kebetulan menerima kes Hanzalah di Hospital Seremban. Air mata Irma gugur tanpa di minta, Irma terjatuh sewaktu menerima berita kemalangan itu. Mujurlah dia bukan berada di Hospital ketika itu. Irma ditemani kawan baiknya Diana memecut ke Hospita Seremban.

“Dr Faiz? Tell him that I want to see him.” Serang Irma sebaik sahaja sampai di kaunter penerangan di lobi Hospital.

“You are?!”

“Hmm sorry, saya Dr Diana daripada Hosptal Putrajaya… petang tadi ada satu kes kemalangan yang dirujukan disini… can you please check for me?!”

“Hanzalah Bin Haziq? Sekarang masih dalam wad rawatan rapi… and Dr Faiz on call tonight”

“Can we meet Hanzalah?!” Tanya Irma tidak sabar dengan prosedur ketat Hospital Seremban.

Mereka dibenarkan masuk atas passport sebagai Doktor.

“Ir… sabar, kita balik dulu ek… esok aku drive ko ke sini?!” pujuk Diana

“Hmm” Sewaktu Hanzalah di Hospital, Irma menjaga Hanzalah dah keluarga Hanzalah sudah pun dapat menerima Irma tetapi bukan sebagai kekasih Hanzalah. Irma hanya mengenalkan dirinya sebagai seorang kawan baik. Kemunculan Julia makwe lama Hanzalah juga menguji kesetiaan Irma sebagai seorang kekasih. Dia sangat takut jika Hanzalah akan menerima semula Julia dalam hidupnya.

“Dengar Irma dah couple dengan Hanzalah… betul ker?!” soal Julia sewaktu mereka berdua keluar untuk minum.

“Hmm, dah enam bulan… Jullia sekarang kerja kat mana?!” jawab Irma dan dia cuba untuk mengubah tajuk perbincangan.

“Hmm u knows yang Ju tak sebijak Irma… Ju lepas berenti, Ju kerja and sekarang Ju sambung balik…. You love Hanzalah?!”

“What kind of question you ask me?! Mestilah Ir sayang Hanz… “ balas Irma sedikit tidak puas hati.

“Ha… Ju akan dapatkan semula Hanzalah… lagi pun parents Hanzalah dah kenal sangat Ju… so best woman wins!!!” Julia terus berlalu, Irma menahan geramnya.

Julia mencuba pelbagai cara untuk merampas Hanzalah kembali daripada tangan Irma, dan peluang itu muncul juga sewaktu Irma ditugaskan untuk berkerja shift malam dan tidak dapat menemani Hanzalah seperti selalu.

Dugaan demi dugaan Irma lalui untuk mengekalkan hubungan dia dan Hanzalah, akhirnya Hanzalah sedar sewaktu Julia menjaganya. Tetapi nama pertama yang dipanggilnya ialah Irma.

“Irma dah lama tak datang sayang, sepanjang Hanzalah koma… Ju yang jaga…. Mak dan Ayah Hanz terpaksa balik… “ bohong Julia.

“Jangan tipu Hanz… Hanz dengar suara dia… Irma!!!” Hanzalah meracau dan doctor telah menyuntik ubat penenang.

Walaupun Irma tidak dapat datang melawat Hanzalah di Hospital, dia tetap mengambil tahu perkembangan Hanzalah melalui Dr Faiz. Mujur Dr Faiz ada untuk membantunya merawat Hanzalah. Setiap hari Irma akan menelefon Dr Faiz untuk bertanyakan khabar Hanzalah, gembiranya Irma selepas mendengar yang Hanzalah sudah pulih seperti sedia kala.

Hari ini selepas waktu bertugasnya tamat, Irma bergegas ke Seremban untuk melawat kekasih hatinya. Gembiranya rasa hati Irma kerana terlalu rindukan Hanzalah, jadual kerjanya yang sepatutnya hanya seminggu dia kerja malam di lanjutkan kerana kekurangan tenaga kerja. Diana setia menemani Irma untuk melawat kekasih kesayanganya, oleh kerana terlalu letih Irma meminta Shahrul teman lelaki Irma memandu keretanya.

“Diana… aku rindu giler kat Hanz… ko rasa dia rindu kat aku tak?!”

“Haiyo Ir… mestilah, takkan lah dia tak rindu ko… and mesti dia faham kenapa masa dia sedar ko tak ada disisi dia…. He also Doctor right?!” Irma melayan khayalannya, dia terlalu merindui Hanzalah.

“Ir… kita dah sampai… aku tau r ko penat tapi tak yah tidur ko tu sampai peluk bunga tok Hanzalah… kang hilang bau wangi dia… ko tu dah r busuk!!!” Sergah Diana, Shahrul hanya melihat gelagat dua kawan baik.

“Kenapa tetiba aku tak sedap hati ek?! Diana, aku g tandas jap ek… nak basuh muka.”

“Ikut… B, C nak ikut ek…” Shahrul hanya mengangguk tanda setuju.

Suasana di wad A, A-10-11 itu sunyi, hanya kedengaran bunyi suara perempuan berbual. Hati Irma makin tidak sedap, dia kenal akan empunya suara tetapi di kuatkan hatinya untuk melangkah masuk kedalam bilik Hanzalah. Tepat tiada sesiapa disitu melainkan Hanzalah dan seorang perempuan yang sedang mengengem erat tangan Hanzalah dan sambil mengucup gengaman tangan itu, Irma terpaku dengan lakonan drama didepannya itu.

“Assalamualaikum…” Sapa Irma dengan hati yang terbuku seribu satu persoalan.

“Waalaikumsalam… hei Irma, baru datang?” sapa Julia sinis.

“Hanzalah… maaf, Irma baru datang… se…” Hanzalah memotong

“Kenapa datang?! Kl dah tak nak tak payah datang… buat susah jer, Irma buat apa kat sini?!”

“Ir… Hanz sihat?!”

“Aku dah sihat… “

“Irma dua minggu on call… maaf sangat.” Balas Irma cuba untuk mendekati Hanzalah

“On call or bergayut dengan Dr faiz?! Hei perempuan aku tak hadaplah ko datang melawat aku!!!” Hanzalah membaling jambangan bunga yang diletak Irma diatas meja makan Hanzalah tadi, balingan itu tepat terkena pada muka Irma. Shahrul yang tadinya diam mula bersuara.

“What going on with you?! Relax ok…. Ko macam lah tak faham tugas doctor…”

“What?!!!” Hanzalah menengking.

“Hanz.. Relax ok…. Irma on call dua minggu, betul! Since you here Irma kena ganti tempat ko… and she have to stand by 24 hours non stop!!! That why she cannot company you here!” Diana cuba untuk menenangkan keadaan.

“Jangan nak tipu aku lah D! aku tau dia tak pernah datang… and Dr Faiz tu kekasih baru dia…. Kalau ko nak sangat si Faiz tu Irma pergilah! Aku lepaskan ko!!! Berambus!!!!” Radang Hanzalah, Irma terus berlari keluar dan dia terserempak dengan Dr Faiz. Dr Faiz cuba untuk menegur Irma tetapi dibatalkan niatnya kerana melihat keadaan Irma yang agak tidak stabil.

Julia tersenyum kemenangan, Hanzalah kini telah pun termakan kata-katanya.

“Shah, hantar Ir kat Hospital… Ir rasa nak sambung duty Ir tadi.”

“Ir, ko tak cuti dua minggu tau! And ko tu dah dua minggu on call….you work without break Ir…” Diana cuba untuk memujuk Irma.

“Just send me there!!! Please…..” pinta Irma.

Selepas kejadian di Hospital Seremban tempoh hari, Irma sukarela berkerja 24 jam tanpa henti. Dia ingin melupakan masalah yang dihadapinya dan akibatnya dia terjatuh sewaktu memeriksa pesakit kanak-kanak dibawah jagaannya. Irma dimasukkan ke hospital dan doctor telah mengesahkan Irma menghidap Insomia.

Irma terpaksa diberi kaunseling dan juga terapi untuk memulihkan keadaannya supaya berada dalam keadaan normal kembali.

Hanzalah akhirnya mengetahui hal sebenar dan cuba untuk menghubungi Irma kembali tetapi keluarga Irma terlebih dahulu menghalang hubungan mereka, walaupun sebenarnya Papa dan Mama Irma pada mulanya tiada halangan hubungan mereka berdua. Tetapi bila melihat keadaan Irma yang tidak terurus membuatkan mereka terpaksa menghalang hubungan Irma dan Hanzalah, dan keluarga Irma telah menetapkan pertunangan Irma dengan sahabat lamanya Shahrizal.

Irma hanya menerima tanpa membantah dan dia cuba untuk menguatkan hatinya untuk menerima kehadiran Shahrizal walaupun pada hakikatnya hatinya sudah penuh dengan Hanzalah sehingga tiada seinci pun ruangan untuk orang lain.

Majlis pertunangan Irma berlangsung dengan meriah sekali tetapi hati Irma tidak semeriah majlis yang berlangsung. Dia kini bukan Irma dulu yang suka melawan dan degil. Shahrizal kawan sepermainan Irma sewaktu mereka sekeluarga menetap di Sarawak dan ayah Shah merupakan sahabat handai keluarga Irma kerana ayah Irma adalah doctor peribadi keluarga Shahril.

Shahril bukan seorang doctor, dia merupakan engineer yang sangat berpengaruh. Dia mempunyai sebuah architecture firm sendiri dan mempunyai cawangan diserata Malaysia dan juga Nusantara. Bagai pinang dibelah dua itu yang diungkapkan oleh para tetamu apabila melihat kad undangan pertunangan mereka, tetapi bukan untuk Irma.

Diana banyak memberikan semangat kepada Irma dan Shahril juga banyak membantu Hanzalah dan Irma untuk berhubung.

“Ir… aku tak sangka ko ni kaya giler… kenapa ko tak tunjukkan kekayaan ko time si Arza tu belagak?!”

“Alah D.. yang kaya papa and mama aku… bukan aku, lagipun harta depa ni kena kongsi dua! Aku and my beloved brother…”

“Tapi ko biar je si Arza tu memperkecilkan ko….”

“Sometime, silent’s make person die… ko tengok finally si Arza tu tunduk jugakkan?!”

“Aku tau r… bangga aku dapat kawan dengan anak Dato’…. Betul cakap mak aku, kawan dengan orang kaya baru kita pun Nampak kaya…”

“Bukan mak ko suruh cari orang kaya ker? Walaupun tua… sebab nanti dia ‘out’ semua harta dapat kat ko?!”

“Alah… tu dlu…. Ko ni, hei abe Shahrul aku pun kaya gak tau! Ada kereta sendiri, rumah…. Kondo lagi tau” Muka Diana merah menerima usikkan daripad Irma.

“Hanzalah pun… before kita orang ada krisis hari tu, dia dah p tengok model kondo yang nak buat kat Wangsa Maju… dah tempah pun Penth house… dia betul-betul nak aku bahagia…. Tapi…” Irma terhenti, ada titis air mata di pipi Irma.

“Irma… jangan macam ni…. Ko kan dah nak kahwin, tinggal lagi seminggu jer…”

“D, aku rindu sangat kat Hanzalah… I really miss him…. I love him!” Irma menangis dalam dakapan kawan baiknya.

“Might be Shahrizal is the one for you…” Diana mengusap kepala Irma.

“Shahrul, please give this to Hanzalah…”

“Ir, apa ni?!”

“Janganlah tanya… just give him ok….” Pinta Irma, Irma menyerahkan satu envelope besar untuk diserahkan pada Hanzalah.

Bungkusan yang mengandungi diari Irma dan juga sepucuk surat untuk Hanzalah, tetapi sayangnya bungkusan itu bukan sampai pada Hanzalah. Sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah, Shahrul terserempak dengan Shahrizal dan bungkusan mereka tertukar.

Shahrizal membuka bungkusan sememangnya bukan miliknya itu, diamati barang didalam dan dia kenal akan tuan empunya barang itu. Dia lebih berminat untuk membaca isi diari berkulit hijau aqua itu.

24th January 2008

Hari ini hari pertama aku kerja dan bergelar DOKTOR! But it’s not so happy like what I hope. My partner is someone that I hate and kl blh x mo jumpa langsung! Tapi Hanzalah tu positive betul la… tadi dia pandang aku… tajam plak, aku tak tau lah………

18th April 2008

Hai… aku gugup tak tentu pasal hari ini… aku macam dah suka kt Hanzalah, dia macam bagi aku ‘black magic’. I like him… but y? bukan dulu aku benci dia ker?! Hai… I’m in confused… aku rasa macam lain sangat kalau dia ada dengan aku. Ntah susah sangat aku nak terangkan.

27th May 2008

Aku suka sangat apa yang aku ada sekarang, Hanzalah baik sangat. Caring, loving, romance dan semua yang aku cari ada pada Hanzalah… oh god, I love him… Irma Azreen you are perfect know… you have your own Car, carrier, bf who love u so much and you have loving family…. But you don’t have husband….. Hanz cepat lar ambik Ir jadi bini dah gatal dah ni rasa nya….. Hanzallah, Irma nak kahwin dengan Hanzalah!!!

1st Sepetember 2008

Hari ni aku gaduh dengan Hanzalah, bukan apa ttb jer dia cemburu dengan aku… aku just bercakap jer dengan Dr Ikbal, bukan lebih pun… we just talk and talk about kerja… tak suka lah!

Hanz… Irma sayang sangat kat Hanz… sayang sangat tak terucap dengan kata-kata…. Don’t do this to me… cepat lah Pinang Irma….

Hanzalah……hanzalah….. hanzalah….. Irma…..irma….. irhanz….. sayang!!!

Seram sejuk badan Shahrizal, peluh dingin laju membasahi dirinya. Shahrizal membaca diari Irma berkali-kali dan dia beralih pada sepujuk surat berwarna Biru cair pula. Selepas membaca surat daripada Irma untuk Hanzalah terasa lemah seluruh badan Shahrizal. Irma selama ini tidak pernah mencintai dirinya dan hanya dia yang menyayangi Irma sah lah dia yang bertepuk sebelah tangan.

Selama ini dia selalu mendengar desas desus di hospital tempat Irma berkerja tentang hubungan Irma dan Hanzalah, tetapi dia hanya mengangap itu semua hanya khabar angin dan perasaan hasad dengki staff bawahan Irma yang cemburu dengan Irma kerana kekayaan keluarganya dan juga tentang dirinya.

Shahrizal mencapai telefon bimbitnya dan mencari-cari nombor telefon Hanzalah, tetapi sayangnya tiada dalam simpanannya dan dia mengambil keputusan untuk menemui Hanzalah sendiri di hospital. Kebetulanya, Irma bercuti kerana tarikh perkahwinan mereka tinggal hanya tiga hari.

Nasib Shahrizal kurang baik kali ini kerana Hanzalah terlibat dalam pemedahan, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya. Walaupun sudah hampir dua jam dia menunggu Hanzalah di dalam bilik Hanzalah, dia tetap akan menunggu dia inginkan kepastian dan dia terasa benar-benar tertipu dengan Irma kerana tidak memberi tahu hal sebenar kepadanya.

Hanzalah terkejut sebaik sahaja masuk kedalam biliknya, Shahrizal terlena di sofa kerana terlalu lama menunggu Hanzalah.

“Shah… bangun.” Kejut Hanzalah.

“Hmm… eh, sorry aku tertidur…. Pukul berapa sekarang?!”

“Lima pagi… dari pukul berapa ko tunggu aku ni?!”

“aku datang tadi…. (sambil melihat jam dipergelangan tangannya) pukul 10 malam lagi… nurse kata ko dalam dewan….”

“Nape ko datang tak bagi tau… tak lah ko tunggu lama…. Hmm, kejap aku buat kopi.” Shahrizal hanya mengangguk, dia masih dalam keadaan separuh sedar. Lima minit kemudian Hanzalah masuk ke dalam dengan membawa dua mug berisi Kopi.

“Nah minum lah… pagi-pagi ni kalau minum kopi sedap”

“Bukan kopi banyak kaffien ker?! Irma selalu marah aku kalau aku minum kopi…” Sengaja dibangkitkan pasal Irma, muka Hanzalah sedikit berubah.

“Dia sihat?! Macam mana dengan persiapan perkahwinan korang?!” tanya Hanzalah sekadar ingin menutup kegelisahan didadanya.

“Sihat… Cuma aku tengok dia murung cikit… orang nak kahwin muka berseri-seri… nasib baik ada Diana… bolehlah dia temankan Irma… Ko macam mana?!”

“Aku? Sihat… Shah, Irma…. Hmm taka pa lah…”

“Aku dah tau…. Kenapa ko tak cakap hal sebenarnya pada aku?!” Muka Hanzalah berkerut sedikit dengan pertanyaan Shahrizal.

“Hal apa?”

“About you and Irma?!”

“Aku dan Irma kawan jelah… tak payah lar ko dengar staff kat sini cakap… dulu aku memang rapat dengan dia, tapi tak sampai ketahap itu…” Hanzalah cuba berbohong.

“Jangan tipu aku… cuba ko baca ni…” Shahrizal menghulurkan diari dan surat Irma kepada penerima sebenar.

Hanzalah menbaca diari Irma satu per satu, dan juga surat Irma untuknya.

Assalamualaikum,

Hanz…

Kenapa seksa Irma?! Ir sayang sangat dengan Hanz…. Ir tak boleh menerima Shahrizal dalam hidup Ir sebab seluruh hati Ir dah pun Hanzalah tawan…

Hanz,

Irma tak tipu, selama Hanz di hospital Ir selalu teman Hanz… sampai Ir di caci oleh keluarga Hanz… mereka menuduh Ir punca Hanz dan Julia putus…

Ir kerja, dua minggu… sebab hospital tak cukup doctor… tapi kenapa Ir jadi macam ni?! Kenapa disaat Ir sedar yang Hanz bukan lagi milik Ir, segala-gala dalam hidup Ir hilang?! Ir sayang Hanz…

Shahrizal sememangnya baik, tapi Ir…

Hanz…

Jangan seksa Ir lagi… Ir tak nak Shahrizal yang jadi mangsa dengan apa yang terjadi… tapi kalau Julia adalah pilihan Hanz… Ir relakan….

Ir sayang Hanz…

Hanzalah termenung, dia tak mampu memandang wajah Shahrizal, dan dia tak sanggup untuk teruskan membaca surat daripada Irma. Dia sedar suma ini terjadi atas kesilapan dia.

“Aku nak minta maaf dulu sebab aku baca surat tu dulu….”

“Tak pe… Cuma, aku yang perlu minta maaf pada ko… aku yang spoilkan semuanya….”

Pertemuan antara Shahrizal dan Hanzalah berakhir, Shahrizal terpaksa pulang kerana dia perlu menghadiri mensyuarat penting di syarikatnya. Pulang saja Shahrizal, Shahrul pula sampai.

“Hanzalah… aku nak minta maaf ni… semalam Irma ada bagi envelope untuk ko… aku rasa aku tertukar dengan Shahrizal la…”

“Ni?!” Hanzalah menunjukkan envelope yang diberi oleh Shahrizal tadi.

“Ha… dia datang ker?! Adoh… mesti dia debik ko…. Ko ok?!” Balas Shahrul mengelabah.

“Tak… aku ok… tapi… Arul aku nak jumpa Irma.”

“Adoh… ni yang susah… ko tau lah Irma tu anak Dato’, pengawal 24 jam… semalam aku jumpa dia pun sekejap jer…”

“Tolonglah… aku nak jumpa dia.”

“Hanz… benda lain ko boleh minta tolong… yang ni susah cikit…. Aku cuba call dia jap…”

Tetapi semua sudah terlambat.

Hari perkahwinan Irma dan Shahrizal akhirnya tiba, Irma di mekap upkan dan ditemani sahabat baiknya.

“D… aku rela….” Air mata Irma mengalir lagi.

“Ir, sabar… he is yours…”

“Pagi ni aku nikah…. Hanzalah?! Apa perasaan dia sekarang?!”

“Ir.. jangan ko fikir sangat… dia duty hari ni, dan aku dengar dia minta tukar hospital kat pendalaman…. Sah mulai hari ini…”

“Kat mana?!”

“Gua musang… aku tak tahu kenapa…”

“D….” Diana memotong kerana emosi Irma sudah bertukar.

“Ir… cantik ko hari ini… macam princes… dulu aku ingat lagi ko kata nak kahwin pakai hijau dengan aqua… so now?! Weh janganlah menangis, sat agi kita kena p masjid… ko dalam 45 minit lagi sah jadi bini orang.” Diana memeluk Irma, dan Irma tidak dapat menahan sedihnya lalu menangis semahu-mahunya di bahu sahabat baiknya.

“Ir, jangan la macam ni… nanti mekap up ko comot…”

“Biarlah… duit papa aku banyak… boleh suruh kak mimi tu mekap up aku balik!!!” Akhirnya masa yang tidak ditunggu oleh Irma tiba, tetapi rancangan mereka bertukar. Shahrizal meminta supaya Irma menunggu kehadirannya di rumah sahaja.

“Irma… ko dah sah jadi isteri….” Irma hanya memandang sayu pada Diana.

“Ya Allah….” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Irma. Air matanya ditahan kerana pihak suaminya sudah sampai dan upacara membatalkan air sembahyang akan berlangsung sebentar lagi.

Pintu bilik Irma diketuk, dan Irma memejamkan matanya serapat yang mungkin. Tak sanggup rasanya untuk dia melalui saat ini.

“Kenapa pejam mata?!” suara bisikan daripada suami Irma.

“Tak sudi terima saya?!” sambung si suami lagi

“Ir…. Bukak mata sayang” rayu si suami

“Suami pinta isteri kena turut…” Irma tetap memejamkan matanya sehingga jarinya tersarung cincin perkahwinannya dan dahinya dikucup lembut oleh sang suami. Irma membuka matanya pelahan untuk menyarungkan cincin untuk sang suami, dan dia hanya mampu tersenyum melihat muka sang suami.

Suasana didalam kamar mewah milik suami Irma sunyi tetapi mendamaikan, Irma bedebar menanti saat malam pertamanya dan debaranyan bertambah selepas pintu bilik di kuak oleh suaminya.

“Assalamualaikum…”

“Walaikumsalam…”

“Boleh abang masuk?!”

“Hmm… masuk lah.”

“Boleh abang tutup lampu?!” Muka Irma merah mendengar pemintaan suaminya kali ini.

“Abang… boleh tak kalau kita sembang sekejap… Irma…”

“Abang faham…” Hanzalah mengambil tempat disebelah Irma.

“Kenapa?!” Irma terasa akan badannya dirangkul daripada belakang.

“Kenapa abang tak cakap dengan Irma?!”

“Sekarang abang tengah cakap…”

“Bukan…. Kenapa…” Hanzalah memotong

“Kenapa Irma pejam mata masa abang masuk bilik Irma untuk batal air sembahyang?!”

“Irma takut nak hadapi kenyataan… Irma harap, semua yang jadi selama ini mimpi dan berharap bila Irma buka mata… Suami Irma Hanzalah b Haziq… bukan Shahrizal…” Hanzalah terharu mendengar kata-kata isterinya.

“Shahrizal jumpa abang tiga hari lepas… bagi something…”

“Apa?!” Tanya Irma dengan penuh minat.

“Yang Irma nak bagi pada abang…”

“Ir bagi pada abang?!”

“Ingat tak envelope yang bagi pada Shahrul?!”

“Ha… macam mana boleh dapat kat dia?!” Hanzalah tersenyum melihat reaksi isterinya.

“Kebetulan envelope tu tertukar… sayang, kalau envelope tu tak tertukar… mesti malam ni sayang dengan Shahrizal ehem… ehem…” Irma tersenyum.

“Abang… tutuplah lampu…” Pinta Irma sendiri, dan dia menanti Hanzalah dan dia kan setia menanti Hanzalah walau apa pun terjadi.

“Kejap….”

“Alah… tak yah lah….” Akhirnya Irma da Hanzalah bahagia, Shahrizal telah pun Berjaya dalam perniagaannya dan juga telah bertemu jodoh dengan kawan lamanya. Diana dan Shahrul telah pun bertunang dan bakal berkahwin.

If you love someone let him go, if he comes back to you, its yours forever…

Aku akan setia menanti, kerana aku yang mencintaimu…